BSH ENAK ditubuhkan pada tahun 1974, di Teluk Intan, Perak. Syarikat kami merupakan perintis dalam industri biskut kacang (biskut mazola) di Teluk Intan.
BSH Enak memulakan perniagaan secara kecil-kecil dengan bantuan ahli keluarga dan beberapa pembantu. Syarikat kami menghasilkan biskut tradisional buatan tangan tanpa bergantung pada mesin di zaman dahulu.
Sekarang, BSH Enak berkembang dengan menggunakan mesin yang cekap dan berteknologi tinggi. Syarikat kami memastikan kualiti serta mematuhi prosedur keselamatan dan kebersihan dalam pembuatan biskut. Walaupun perubahan ini, rasa biskut masih kekal sedap dan kualitinya tidak berbelah bahagi. Biskut kami adalah biskut turun temurun yang tidak pernah ditelan zaman.
Selepas beberapa dekad kerja keras, biskut BSH Enak diedarkan ke seluruh Malaysia
sekarang. Sebagai pengeluar konfeksi, BSH ENAK juga menyediakan perkhidmatan produk OEM untuk pelanggan yang ingin menyenaraikan jenama mereka.